Remaja Maut Terkena Renjatan Elektrik

Remaja Maut Terkena Renjatan Elektrik

0
SHARE

SANDAKAN: Seorang remaja lelaki maut dipercayai akibat terkena renjatan elektrik di Kampung Datu Pangeran Batu 7 Sandakan pada pagi kelmarin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Severinus Sainkui berkata, pihaknya menerima panggilan untuk bantuan mengangkat mangsa itu pada jam 11.06 pagi.

“Lapor melibatkan seorang mangsa lelaki dipercayai terkena renjatan elektrik dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai polis.

“Pasukan Bomba bertindak mengangkat mangsa menggunakan strecher dan menyerahkan mayat kepada pasukan polis bagi tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, semalam.

Setelah memastikan tiada lagi bahaya lain yang wujud, operasi kemudian ditamatkan pada jam 11.59 pagi.

Mangsa, Ridzsfar Jafar yang berusia 18 tahun dimaklumkan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.