Warisan Sedia Kerjasama Dengan UMNO – Shafie Apdal

Warisan Sedia Kerjasama Dengan UMNO – Shafie Apdal

0
SHARE

KUALA LUMPUR: Parti Warisan (Warisan) memaklumkan sedia untuk menjalin kerjasama dengan UMNO pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang demi kepentingan rakyat.

Presidennya, Datuk Seri Shafie Apdal berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan pengalaman beliau sebelum ini yang pernah menganggotai UMNO selama 29 tahun sebelum digantung keahlian pada Julai 2016 dan meninggalkan parti itu 10 hari kemudian.

“Jangan hanya fikir Kuala Lumpur, kerana itu menjadi keutamaan kepada kita dan kerjasama ini untuk memastikan supaya setiap pentadbiran akan datang menjurus ke arah fokus memastikan pembelaan terhadap rakyat Sabah.

“Kita fleksibel, yang penting harus ada sikap tanggungjawab pihak pemerintah untuk memastikan dalam kepimpinan yang ada, keutamaan mesti di Sabah,” katanya dalam sidang media di Parlimen, pada Isnin.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada Warisan sudah memuktamadkan keputusan untuk menjalin kerjasama dengan UMNO bagi menghadapi PRN Sabah yang dijangka akan berlaku tahun ini.

Terdahulu, Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengesahkan parti itu dan Warisan sedang bekerjasama bagi menghadapi PRN negeri berkenaan, namun pengumuman rasmi akan dibuat Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Sabah dijadual akan mengadakan PRN pada 2025 walaupun terdapat jangkaan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mungkin mengadakan pilihan raya dalam tahun ini.