KOTA KINABALU: Ketua Wanita Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Azizah Dun berkata persiapan sedang giat dijalankan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
“Kami mahu memastikan jentera parti bersedia di peringkat akar umbi di setiap kawasan,” katanya selepas mesyuarat sayap wanita GRS pada Jumaat.
Mengenai agihan kerusi, beliau menegaskan penyandang akan mempertahankan kerusi masing-masing sambil berharap wakil wanita dikekalkan dengan harapan ditambah lagi.
Azizah bagaimanapun enggan mengulas mengenai kemungkinan kerjasama semula dengan BN Sabah, dengan menegaskan perkara itu terserah kepada kepimpinan gabungan.
“Fokus kami adalah memperkukuh kerjasama dalam kalangan sayap wanita GRS dan mengekalkan momentum di lapangan,” katanya.






