Kebakaran Satu Unit Flat di PPR Sri Keramat Berjaya Dipadamkan

Kebakaran Satu Unit Flat di PPR Sri Keramat Berjaya Dipadamkan

0
SHARE

PUTATAN: Kebakaran melibatkan sebuah unit rumah flat di PPR Sri Keramat, Jalan Ketiau Tombovo di sini pagi Khamis berjaya dikawal sepenuhnya oleh pasukan bomba tanpa melibatkan sebarang mangsa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Putatan, PKPgB Noor Sherriyana Bohari berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.29 pagi sebelum jentera tiba di lokasi kira-kira 12 minit kemudian.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah flat jenis kekal berkeluasan kira-kira 750 kaki persegi dan dianggarkan 90 peratus terbakar.

“Api berjaya dikawal pada jam 8.13 pagi menggunakan satu aliran pancutan air dari tangki jentera,” katanya.

Menurutnya, seramai 26 anggota dari BBP Putatan, Penampang dan Kota Kinabalu terlibat dalam operasi, dengan bantuan agensi lain termasuk PDRM, Sabah Electricity dan pihak berkuasa tempatan.

Operasi pemadaman ditamatkan sepenuhnya pada jam 9.05 pagi selepas kawasan disahkan selamat.