KOTA KINABALU: Polis kini giat mengesan waris mayat seorang lelaki yang disyaki terjatuh dari sebuah bangunan bertingkat di Lido Four Seasons, Lintas Jaya, Penampang semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Kasim Muda mengesahkan, pihaknya telah menerima laporan berkaitan kes mati mengejut (SDR).
“Kejadian dilaporkan berlaku pada 13 Januari 2026, kira-kira jam 7.30 malam dan mangsa merupakan seorang lelai yang disyaki warga tempatan namun identiti mangsa masih belum dikenal pasti.
“Sehubungan itu, mana-mana individu yang mempunyai maklumat, mengenali mangsa atau merupakan ahli keluarga atau waris mangsa, diminta untuk hadir ke balai polis terdekat.
“Atau boleh menghubungi Pegawai Penyiasat kes, SI Razmi Omar (Ketua Balai Polis Tanjung Aru) di talian +0 13-980 2326,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
ACP Kasim dalam kenyataan sama turu memohon kerjasama orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menganggu siasatan.






