Ahli Kongres AS Fail 13 Artikel Pemecatan Terhadap Trump

Ahli Kongres AS Fail 13 Artikel Pemecatan Terhadap Trump

0
SHARE

WASHINGTON: Ahli Kongres Amerika Syarikat, John Larson, memfailkan 13 artikel pemecatan terhadap Presiden Donald Trump susulan kenyataan kontroversi berkaitan konflik Iran.

Larson mendakwa tindakan dan kenyataan Trump berbahaya serta melanggar prinsip perlembagaan, termasuk isu penyalahgunaan kuasa perang tanpa kelulusan Kongres.

Beliau turut menggesa penggunaan Pindaan ke-25 bagi menilai kelayakan Trump untuk terus memegang jawatan.

Bagaimanapun, usaha ini dijangka berdepan halangan kerana Dewan Perwakilan dikawal Parti Republikan.

Untuk rekod, Trump sebelum ini pernah dua kali dipecat namun tidak disingkirkan daripada jawatan.