KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor yang juga Pengerusi Yayasan Kebajikan Sabah (YKS), menghadiri Majlis Kesyukuran dan Silaturahim bersama YKS serta Badan Amal dan Kebajikan Islam Jabatan Ketua Menteri (BALKIS-JKM) di Menara Kinabalu, pada Jumaat.
Majlis yang berlangsung dalam suasana penuh muhibah itu diserikan dengan jamuan makan sebagai simbol penghargaan terhadap komitmen dan perkhidmatan warga kerja YKS dan BALKIS-JKM.
Turut hadir, Pengarah YKS merangkap Pengerusi BALKIS-JKM, Diyanah Abdullah, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YKS, ketua-ketua jabatan di bawah Jabatan Ketua Menteri serta ahli jawatankuasa BALKIS-JKM.






