Remaja Perempuan Dibelasah: Siasatan Polis Dijalankan

Remaja Perempuan Dibelasah: Siasatan Polis Dijalankan

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Pihak Polis daerah ini sedang menjalankan siasatan berkenaan insiden melibatkan seorang remaja perempuan yang ditumbuk dan ditendang oleh seorang remaja lelaki dalam video yang tular di laman media sosial semalam (Ahad).

Kejadian berkenaan dikatakan berlaku di sebuah pusat membeli belah dalam daerah ini.

Dalam video 18 saat itu, lelaki terbabit juga kelihatan menampar muka mangsa perempuan menggunakan selipar…

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Mohd Zaidi Abdullah berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan.

“Semua elemen termasuk Ketua Polis Balai di daerah ini telah diarahkan untuk mendapatkan maklumat tentang kejadian, lokasi dan pelakunya. 

“Pihak polis juga meminta kerjasama dari semua pihak untuk tampil memberikan maklumat tentang kejadian untuk membolehkan pihak polis menjalankan siasatan dan menangkap pelakunya,” katanya dalam sebuah kenyataan hari ini.

Pada ruangan komentar di Facebook, seorang pengguna bernama Lex Fui Chai berkata bahawa perempuan itu merupakan adik kandung si pelaku yang telah meninggalkan ibu mereka yang sakit tenat berkeseorangan di rumah.

“Sebenarnya perempuan itu yang salah…dia tinggalkan ibu mereka semata-mata mahu jumpa teman lelakinya,” dakwanya sambil menambah mengenali orang yang merakam video berkenaan.