KOTA KINABALU, SABAH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukusan, Puan Rina Jainal yang dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Negeri mengangkat sumpah jawatan di hadapan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor di Menara Kinabalu, hari ini.
Majlis itu turut disaksikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr Haji Safar Untong.
Rina menggantikan ADUN Pintasan, Datuk Fairuz Renddan yang dilantik sebagai Pembantu Menteri di Kementerian Tugas-Tugas Khas dan Penyelarasan…
Rabu lalu Hajiji mengumumkan pelantikan Fairuz dan Rina dalam rombakan kecil yang dibuat berikutan ADUN Bandau, Datuk Wetrom Bahanda bertindak tingalkan kerajaan pada pertengahan Oktober lalu.
Hajiji turut mengumumkan pertukaran portfolio dua orang Pembantu Menteri iaitu Pembantu Menteri Kewangan, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan kini sebagai Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri dan Pembantu Menteri di Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Julita Majungki kini sebagai Pembantu Menteri Kewangan Negeri.