Raji Hussin Pegawai Pemerintah Batalion 15 PGA Sandakan

Raji Hussin Pegawai Pemerintah Batalion 15 PGA Sandakan

0
SHARE

SANDAKAN: Superintendan Raji Hussin Suhodin kini menggalas amanah menerajui Batalion 15 Pasukan Gerakan Am (PGA) Sandakan selepas secara rasmi mengambil alih jawatan Pegawai Pemerintah dalam satu majlis serah terima tugas, kelmarin.

Dalam majlis bermula jam 8.30 pagi hingga 12 tengah hari di Ibu Pejabat Batalion 15 PGA itu, beliau terlebih dahulu menerima pemakaian lencana pangkat Superintendan sebelum mengambil alih jawatan berkenaan daripada penyandang terdahulu, Superintendan Wilynton Enchana Watt.

Majlis berkenaan disempurnakan Komander Briged Sabah PGA, Senior Asisten Komisioner (SAC) Datuk Nor Omar Sappi yang turut menyaksikan simbolik penyerahan tugas sekali gus menandakan permulaan rasmi kepimpinan baharu di batalion berkenaan.

Pelantikan Raji Hussin dilihat mampu memperkukuh lagi peranan Batalion 15 PGA Sandakan dalam menjaga keselamatan serta kawalan sempadan negeri ini, khususnya di kawasan berisiko tinggi.

Majlis itu turut dihadiri pegawai kanan briged, pegawai pemerintah batalion, selain anggota PGA.

Sejurus selesai majlis, Datuk Nor Omar mengadakan lawatan rasmi ke ibu pejabat batalion berkenaan yang dimulakan dengan taklimat pengoperasian serta perancangan strategik bagi memperkasa kesiapsiagaan pasukan.