KM Sampaikan Insentif RM5,000 Kepada Emmabell Jaguh Muaythai Sabah

KM Sampaikan Insentif RM5,000 Kepada Emmabell Jaguh Muaythai Sabah

0
SHARE

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, menyampaikan insentif kerajaan negeri berjumlah RM5,000 kepada atlet Muaythai Sabah, Emmabell Cassandra, sebagai pengiktirafan atas kejayaan cemerlangnya di pentas antarabangsa.

Penyerahan insentif itu berlangsung di Bangunan Dewan Undangan Negeri Sabah, di sini, hari ini.

Hajiji turut merakamkan ucapan tahniah serta menyatakan rasa bangga terhadap pencapaian Emmabell yang berjaya mengharumkan nama Sabah dan negara selepas menjuarai kategori wanita dalam kejohanan Byon Combat Showbiz 7 yang berlangsung di World Trade Centre Kuala Lumpur, Jumaat lalu.

Beliau berkata, kejayaan itu membuktikan keupayaan atlet negeri ini untuk bersaing dan menyerlah di peringkat antarabangsa, sekali gus menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk menceburi bidang sukan.

Majlis penyerahan insentif itu turut dihadiri Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Negeri, Nizam Abu Bakar Titingan; Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri, Juil Nuatim; serta Setiausaha Tetap kementerian berkenaan, Mansur Haji Asun.