Bung Angkat Sumpah Sebagai Ahli Parlimen Kinabatangan

Bung Angkat Sumpah Sebagai Ahli Parlimen Kinabatangan

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin adalah antara 222 orang ahli Parlimen yang mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen yang menang pada pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) kemarin dihadapan Yang Dipertua (YDP) Dewan Rakyat yang baharu dilantik Datuk Johari Abdul.

Majlis angkat sumpah itu diketuai oleh Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Tambun Datuk Seri Anwar Ibrahim kemudian diikuti oleh dua Timbalan Perdana Menteri iaitu Ahli Parlimen Bagan Datuk , Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ahli Parlimen Petrajaya Datuk Seri Fadillah Yusof disusuli oleh ahli-ahli Perlimen yang lain.

Untuk rekod Bung yang juga Timbalan Ketua Menteri sudah lima panggal menjadi ahli Parlimen Kinababatangan yang mula beliau wakili sejak tahun 1999.