TENOM: Mahkamah Majistret Tenom mengarahkan usahawan dan pendakwah, Ebit Lew, 41, membela diri selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya berhubung 11 tuduhan mengaibkan kehormatan individu.
Prosiding berlangsung di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani, dengan Ebit diwakili peguam Datuk Ram Singh dan Mohamad Chinki, manakala pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad bersama pasukannya.
Beliau berdepan 11 pertuduhan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan berkaitan kesalahan mengaibkan kehormatan individu.
Mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan pembelaan pada 11 hingga 13 November, 24 hingga 27 November, serta 1 hingga 4 Disember.
Pihak pembelaan memaklumkan akan meneliti semua keterangan sebelum mengemukakan hujahan, dengan kes ini difahamkan telah berlarutan hampir lima tahun sejak difailkan.






