KUALA LUMPUR – Sedang bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak cuba menjauhkan namanya dari orang diburu negara, Low Taek Jho, (atau lebih dikenali sebagai Jho Low) Makhamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa kedua individu terbabit mempunyai “hubungan yang sangat erat”.
Portal berita The Star melaporkan kenyataan saksi ke-10 dalam kesinambungan kes berhubung penyelewengan wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM2.28 bilion dan 21 kiraan pengubahan wang haram yang telah sinonim dengan imej bekas perdana menteri terbabit.
Mohd Hazem Abdul Rahman, merupakan bekas Pengarah Urusan dan juga Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB.

Beliau ditanya semula oleh ketua pendakwa raya kes, Datuk Seri Gopal Sri Ram berkenaan satu mesyuarat di rumah yang tertuduh di Taman Duta pada 28 November 2013 pada mana Jho Low turut hadir.
Katanya Hazem bersetuju dengan cadangan Gopal bahawa Najib tidak pernah cuba “menjauhkan dirinya” daripada Low semasa perjumpaan tersebut.
Apabila Gopal menanyakan pemerhatian Hazem terhadap hubungan kedua individu itu, yang terakhir membalas dengan “mereka sangat-sangat rapat”.
Hazem semasa ditanya jika pernah diarah Najib untuk mengingkari mana-mana arahan Low, beliau menjawab dengan “tidak”.
“Kenapa mesti kamu menurut arahan Jho Low?,” tanya Gopal.
“Kerana pada asasnya Jho Low ialah orang perdana menteri,” balas Hazem.
Namun begitu Hazem turut mengaku dalam setiap mesyuarat termasuk dengan firma audit KPMG bagi membincangkan hal-hal 1MDB, nama Jho Low pula akan “disembunyikan”.
Katanya beliau diberikan arahan terbuka daripada Najib untuk tidak mendedahkan nama Jho Low.
Semasa KPMG dipecat sebagai juruaudit 1MDB kerana tidak mahu menandatangan laporan audit bagi tahun kewangan 2013, Hazem berkata beliau turut diberikan tekanan untuk mencari firma baru yang boleh melaksanakan tugas.
“Tekanan ini datang daripada siapa?” tanya Gopal.
“Oleh perdana menteri. Saya dipanggil secara terus bagi memberi kemas kini berhubung penutupan audit syarikat,” balas Hazem.
Tambahnya lagi beliau bukan dalam satu posisi ketika itu untuk mengingkari arahan datang daripada yang tertuduh.





