Dihantar ke Sekolah Waktu Pagi, Kanak-Kanak 12 Tahun Hilang Ketika Hendak Dijemput

Dihantar ke Sekolah Waktu Pagi, Kanak-Kanak 12 Tahun Hilang Ketika Hendak Dijemput

0
SHARE

KOTA KINABALU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun dilaporkan hilang selepas gagal ditemui ketika hendak dijemput pulang dari sekolah kira-kira jam 5 petang, Selasa lalu.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu dalam satu kenyataan memaklumkan, kanak-kanak berkenaan dikenali sebagai Edwin John Tessensohn yang kali terakhir dilihat sekitar jam 6.30 pagi pada 20 Oktober ketika dihantar ke sekolah.

Menurut kenyataan itu, ahli keluarga mangsa telah menjalankan usaha pencarian di sekitar kawasan sekolah selain mendapatkan maklumat daripada rakan-rakannya, namun masih gagal mengesan keberadaannya.

“Penama dilaporkan tidak ditemui di sekolah ketika hendak diambil pulang pada 20 Oktober 2026 sekitar jam 5 petang.

“Usaha pencarian telah dilakukan oleh ahli keluarga di sekitar kawasan sekolah dan pertanyaan kepada rakan-rakan penama, namun masih gagal mengesan keberadaannya,” menurut kenyataan IPD Kota Kinabalu pada Rabu.

Polis memaklumkan, Edwin yang berbangsa Eurasian dan beralamat di V21 Residence, KKIP Selatan, Menggatal, mempunyai ciri fizikal berbadan berisi, berkulit sawo matang, bermata hitam, berkening sederhana, berambut hitam pendek dan kemas serta berbibir nipis.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keberadaannya diminta menghubungi IPD Kota Kinabalu di talian 088-529222 atau Sjn Imelda Andereas di talian 016-8706064.

Maklumat juga boleh disalurkan ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.