Pramugari Terdedah Hantavirus Dimasukkan Hospital, Terkait Kapal Persiaran

Pramugari Terdedah Hantavirus Dimasukkan Hospital, Terkait Kapal Persiaran

0
SHARE

NETHERLANDS: Seorang pramugari KLM Royal Dutch Airlines dimasukkan ke hospital di Amsterdam selepas dipercayai terdedah kepada hantavirus semasa penerbangan Johannesburg-Amsterdam.

Memetik sumber tempatan NL Times, kes itu dikaitkan dengan wabak di kapal persiaran Belanda Hondius yang mencatat sekurang-kurangnya tujuh jangkitan dan tiga kematian, termasuk seorang wanita Belanda berusia 69 tahun dan suaminya.

Pihak kesihatan memaklumkan varian Andes yang jarang berlaku itu boleh merebak antara manusia.

Penumpang penerbangan diminta memantau simptom sehingga 60 hari selepas pendedahan.

Beberapa penumpang dan kru kapal turut dirawat di beberapa negara, manakala kira-kira 150 orang masih berada di atas kapal menuju ke Tenerife.

Sekitar 40 penumpang telah turun di pulau St. Helena selepas kematian pertama dilaporkan.