Rafizi Lancar Parti Bersama Malaysia, Umum Akan Tanding Solo

Rafizi Lancar Parti Bersama Malaysia, Umum Akan Tanding Solo

0
SHARE

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Rafizi Ramli mengumumkan Parti Bersama Malaysia (Bersama) akan bertanding secara solo tanpa menyertai mana-mana gabungan politik.

Parti itu mengamalkan pendekatan pelbagai kaum dan terbuka, serta akan meletakkan calon di kerusi kerajaan dan pembangkang.

Bersama mensasarkan pembinaan gerakan berasaskan idea dan pembaharuan generasi, dengan memberi keutamaan kepada calon muda, khususnya dalam lingkungan umur 30-an.

Rafizi mengakui cabaran awal, namun percaya perkembangan idea mampu membawa perubahan seperti PKR dan DAP sebelum ini.

“Strategi pilihan raya akan ditentukan dalam tempoh satu hingga dua bulan berdasarkan respons rakyat,” katanya.

Rafizi akan bertanding di Pandan manakala Nik Nazmi di Setiawangsa, dengan calon turut diletakkan di mana-mana kerusi yang dilihat berpotensi tanpa mengira parti penyandang.