Kochung Dekatkan Komuniti, Cetus Peluang Baharu

Kochung Dekatkan Komuniti, Cetus Peluang Baharu

0
SHARE

KOTA KINABALU: Sebanyak 1,000 kochung (pulut berinti) telah diagihkan pada Ahad kepada Carmalite Monastery, Stella Maris Catholic Church, serta Persatuan Penjaja Pasar Ahad Gaya Street, manakala selebihnya untuk komuniti setempat.

Kira-kira 90 peratus peserta bengkel pembuatan kochung di sini hujung minggu lalu terdiri daripada bukan kaum Cina, mencerminkan minat rentas budaya yang semakin meningkat terhadap makanan tradisional itu.

Bengkel yang dianjurkan oleh ADUN Dilantik, Grace Lee pada Sabtu itu menarik penyertaan sekitar 20 peserta, kebanyakannya pertama kali menghasilkan kochung.

Sesi tersebut dikendalikan oleh tukang masak dari Sarawak, Jasmine Chong, 58, yang berkongsi bahawa beliau mempelajari pembuatan kochung sejak kecil daripada ibunya.

“Saya belajar sejak kecil. Ini resipi ibu saya,” katanya sambil menambah beliau dan adik-beradiknya pernah menjual kochung bagi menampung persekolahan.

“Kini menjual secara dalam talian, Jasmine berkata permintaan meningkat terutama ketika musim Pesta Perahu Naga.

“Ia bergantung kepada musim, tetapi tempahan agak banyak,” katanya, menjangkakan lebih 2,000 tempahan pada musim ini.

Jasmine turut menekankan proses penyediaan kochung yang rumit dan boleh mengambil masa sehingga sehari dari penyediaan hingga memasak.

Peserta menyifatkan pengalaman itu sebagai baharu dan praktikal, serta menyatakan mereka sangat gembira dengan hasil yang diperoleh.

Wennie Ratu, 44, berkata beliau lebih biasa dengan hidangan Melayu seperti pulut panggang dan kelupis.

“Yang ini guna kicap dan bahan berbeza. Ia pengalaman baharu, tetapi membuatnya sendiri lebih memuaskan daripada membeli,” katanya.

Marina Mahmat, 43, berkata kemahiran itu boleh dimanfaatkan oleh komuniti Muslim.

“Sekarang kita tahu cara membuatnya sendiri, kita boleh pastikan ia halal dan bersih. Mungkin satu hari nanti boleh jadi perniagaan,” katanya.

Grace meanwhile menyifatkan penyertaan pelbagai kaum itu sebagai sesuatu yang menggalakkan.

“Inilah perpaduan melalui makanan,” katanya sambil berharap program itu dapat membuka peluang keusahawanan kecil-kecilan.