KM Hadiri Malam Apresiasi Simposium Kehakiman Syariah Sabah

KM Hadiri Malam Apresiasi Simposium Kehakiman Syariah Sabah

0
SHARE

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menghadiri Malam Apresiasi sempena Simposium Kehakiman dan Perundangan Syariah Negeri Sabah 2026 di Grand Ballroom, Hotel Le Meridien, di sini, malam tadi.

Turut hadir Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zainudin Aman; Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Mohd Razali Wahab; Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Isnin Aliasnih; Ketua Pengarah merangkap Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Yang Amat Arif Profesor Adjung Dato’ Haji Mohd Amran Mat Zain; serta Ketua Hakim Syarie Negeri Sabah, Yang Amat Arif Tuan Nawawi Diman.

Pada majlis itu, Hajiji turut menyaksikan penyampaian cenderahati kepada jabatan dan agensi terlibat sebagai sebahagian daripada pengisian Malam Apresiasi berkenaan.

Malam Apresiasi itu diadakan bersempena Simposium Kehakiman dan Perundangan Syariah Negeri Sabah 2026 yang menghimpunkan pihak berkaitan dalam bidang kehakiman dan perundangan Syariah.

Terdahulu, simposium berkenaan dirasmikan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa Haji Aman di Sabah International Convention Centre (SICC), pada Rabu.