Pegawai Kanan Agensi Kerajaan Ditahan SPRM, Disyaki Kemuka Dokumen Palsu Babit RM15,000

Pegawai Kanan Agensi Kerajaan Ditahan SPRM, Disyaki Kemuka Dokumen Palsu Babit RM15,000

0
SHARE

SANDAKAN: Seorang pegawai kanan sebuah agensi kerajaan negeri ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah kerana disyaki mengemukakan dua dokumen mengandungi butir matan palsu membabitkan tuntutan kira-kira RM15,000.

Suspek wanita berusia lingkungan 30-an itu ditahan kira-kira jam 10 pagi semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Cawangan Sandakan.

Menurut SPRM, kedua-dua dokumen berkenaan berkaitan tuntutan perbelanjaan mesyuarat serta perbelanjaan sempena lawatan kerja pegawai kanan sebuah kementerian.

Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan berkenaan sekitar 2023 dan 2024.

Pengarah SPRM Sabah, Datuk Mohd Fuad Bee Basrah, ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009,” katanya.

Suspek dijadualkan dituduh di Mahkamah Sesyen Rasuah Sandakan pada 8 Oktober 2026.