BEAUFORT, SABAH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan, Hj. Ruslan Muharam merakamkan ucapan terima kasih kepada Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta agensi-agensi kerajaan di bawah Kementerian Pembangunan Perindustrian (MID) di atas keprihatinan memberikan sumbangan kepda rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak NGO yang menyumbangkan bantuan makanan dan air mineral kepada rakyat Lumadan…
“Saya juga menghargai inisiatif Datuk Dr. Joachim Gunsalam bersama pihak Kementerian Pembangunan Perindustrian,” kata Hj. Ruslan.
Hj. Ruslan yang merupakan Pengerusi Perkasa Realty Sdn. Bhd berkata lagi, sumbangan tersebut amat bermakna di mana barangan makanan dan air mineral ini dapat meringankan bebanan hidup rakyat yang terjejas.
Baru-baru ini seramai 7,800 ketua isi rumah (KIR) terjejas oleh banjir.
“Kini seramai 40,000 orang penduduk DUN Lumadan sudah mendapat bekalan barangan keperluan dapur dan air mineral.”
Menurut Hj. Ruslan, pihaknya akan memastikan semua KIR mendapat bekalan makanan mencukupi sehingga keadaan pulih sepenuhnya.