KOTA KINABALU, SABAH – Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr. Joachim Gunsalam menghargai dan merakamkan ucapan kasih kepada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan Agensi-Agensi di bawah Kementerian Pembangunan Perindustrian (MID) atas inisiatif memberikan sumbangan bagi membantu golongan rakyat yang ditimpa bencana seperti banjir.
Dr. Joachim ketika ditemui, berkata semua NGO dan Agensi berkenaan antaranya Persatuan Usahawan Maju Malaysia (PUMM), Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM), Persekutuan Industries Sabah (FSI), GONET, Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP), Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO), Sabah Oil & Gas Development Corporation Sdn.Bhd (SOGDC), Palm Oil Industrial Cluster (POIC Sabah Sdn. Bhd), QL Group, K2 Water dan Borneo Khaki.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada yang terlibat sama dalam sumbangan pada kali ini,” kata Dr. Joachim.
“Sumbangan yang diberikan adalah berupa barangan makanan dan air mineral…
“Sumbangan ini akan disalurkan terus ke Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), khususnya bagi kawasan yang terjejas akibat banjir,” katanya lagi.
Dr. Joachim yang merupakan Menteri Pembangunan Perindustrian turut berada di Pusat pengagihan makanan bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan dan menyampaikan sumbangan berkenaan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan, Hj. Ruslan.
Semua sumbangan akan di agihkan kepada Ketua Isi rumah (KIR) yang terkesan akibat banjir yang melanda Beaufort baru-baru ini.





