India Atasi China Sebagai Pengeluar Beras Terbesar Dunia

India Atasi China Sebagai Pengeluar Beras Terbesar Dunia

0
SHARE

India mencatat sejarah apabila mengatasi China sebagai pengeluar beras terbesar dunia dengan pengeluaran 150.18 juta tan pada 2025, berbanding China sebanyak 145.28 juta tan, kata Menteri Pertanian India, Shivraj Singh Chouhan.

“Melangkaui China adalah satu pencapaian luar biasa. Gudang simpanan kita kini penuh, dan India bukan lagi negara yang bergantung kepada orang lain untuk makanan, sebaliknya membekalkan beras kepada dunia,” katanya.

Beliau berkata demiian memetik The Tribune di New Delhi ketika melancarkan 184 varieti tanaman baharu merangkumi 25 jenis tanaman.

Bagaimanapun, pakar mengingatkan kejayaan itu hadir bersama risiko alam sekitar.

Naib Canselor Universiti Pertanian Punjab (PAU), Dr Satbir Singh Gosal, dalam temu bual dengan The Tribune berkata kerajaan cuba meniru kejayaan Punjab di India timur melalui inisiatif Revolusi Hijau.

“Punjab ialah makmal nasional pertanian, tetapi negeri ini sudah membayar harga dengan penyusutan paras air bawah tanah. Corak sama kini berisiko berulang di negeri lain, termasuk isu pembakaran jerami,” katanya.

Menurut Gosal, peningkatan pengeluaran turut didorong penggunaan varieti padi jangka pendek dan hasil tinggi seperti PB126, PR131 dan PB121 yang tidak memerlukan banyak air.

PAU kini membangunkan varieti padi tahan banjir bagi menyokong penanaman di kawasan berisiko banjir di India timur.