LONDON, BRITAIN – Pengambilan pil paracetamol secara kerap akan meningkatkan risiko serangan jantung bagi, dedah satu kajian baharu.
Memetik laporan The Sun, pengambilan pil tersebut dalam jangka masa panjang merisikokan 15 juta penduduk dewasa di Britain yang mengalami tekanan darah tinggi.
Menurut pasukan penyelidik dari Universiti Edinburgh, tindakan mengambil dua tablet pil tahan sakit itu setiap hari meningkatkan risiko serangan jantung atau angin ahmar sebanyak 20 peratus bagi pesakit yang sememangnya menghidap keadaan itu.
Justeru itu, mereka menasihati doktor-doktor agar memberikan dos serendah mungkin kepada pesakit-pesakit untuk mengawal kesakitan.
“Ini tidak berkaitan dengan pengambilan paracetamol dalam jangka masa singkat untuk sakit kepala atau demam. Ia tidak menjadi masalah,” kata seorang doktor Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) di Scotland, Dr. Iain MacIntyre.
“Sebaliknya, risiko tersebut memberi ancaman kepada individu yang mengambil pil itu secara kerap dalam jangka masa panjang, kebiasaannya untuk sakit kronik,” tambahnya…





