Tiga Nelayan Selamat Dari Bot Karam

Tiga Nelayan Selamat Dari Bot Karam

0
SHARE
Maritim
Seorang Pegawai Maritim Malaysia bergambar bersama tiga mangsa terselamat ( Sumber Foto: Ihsan Maritim Malaysia )

LABUAN – Tiga nelayan terselamat setelah bot yang dinaiki mereka, karam, akibat daripada kebocoran dan keadaan cuaca buruk di perairan Tanjung Kubong, lewat petang semalam.

Pengarah Zon Maritim Labuan, Kapten Maritim Nudin Jusoh berkata, sejurus Pusat Operasi Zon Maritim Labuan menerima laporan berkaitan kejadian berkenaan, dua aset Maritim Malaysia iaitu KM Lahad Datu dan bot peronda yang sedang dalam rondaan Op Sejahtera telah diatur gerakan ke lokasi untuk memberikan bantuan kecemasan.

“Kesemua mangsa yang berumur lingkungan 20 tahun hingga 35 tahun berjaya diselamatkan oleh aset Maritim Malaysia bersama 3 buah bot nelayan tempatan yang berada berdekatan,” katanya.

Mangsa dibawa ke jeti Zon Maritim Labuan untuk rawatan dan tindakan selanjutnya.