ICC Keluarkan Waran Tangkap Untuk Presiden Rusia Vladimir Putin

ICC Keluarkan Waran Tangkap Untuk Presiden Rusia Vladimir Putin

0
SHARE
Vladimir
Presiden Rusia, Vladimir Putin

RUSSIA – Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) telah mengeluarkan waran tangkap untuk Presiden Rusia, Vladimir Putin, dengan dakwaan beliau bertanggungjawab keatas jenayah perang dengan percubaan mengusir kanak-kanak dari Ukraine ke Rusia.

Makhamah itu mengatakan jenayah itu dilakukan di Ukraine bermula 24 Februari 2022 apabila Rusia melancarkan pencerobohan berskala penuhnya.

Moscow telah menafikan dakwaan itu dan melabelkan waran itu sebagai “keterlaluan”.

Namun, langkah itu tidak mungkin membuahkan hasil kerana ICC tidak mempunyai kuasa untuk menangkap suspek dan hanya boleh menjalankan bidang kuasa dalam negara sekutunya. Rusia bukan salah satu daripadanya.

Bagaimanapun, ia boleh menjejaskan Putin dengan cara lain, seperti tidak dapat melakukan perjalanan antarabangsa.

Dalam satu kenyataan, hari ini, ICC berkata ia mempunyai alasan munasabah untuk mempercayai Putin melakukan perbuatan jenayah itu secara langsung serta bekerja dengan orang lain.

ICC juga menuduhnya untuk gagal menggunakan kuasa presidennya dalam menghalang kanak-kanak Ukraine dihantar ke Rusia.

Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menyifatkan pengeluaran waran tangkap itu sebagai “baik” dan “wajar”.

Beliau menyatakan bahawa walaupun AS tidak berdaftar dengan ICC tetapi merasakan makhamah itu membawa impak kuat.

“Putin jelas melakukan jenayah perang,” katanya dipetik BBC.

Pesuruhjaya Hak Kanak-kanak Rusia, Maria Lvova-Belova, juga dikehendaki oleh ICC untuk jenayah yang sama.

Terdahulu, Maria telah bercakap secara terbuka tentang usaha untuk mengindoktrinasi kanak-kanak Ukraine yang telah dibawa ke Rusia.

September lalu, beliau mengadu bahawa beberapa kanak-kanak yang dikeluarkan dari bandar Mariupol, Ukraine bercakap buruk tentang Putin selain menyanyikan lagu kebangsaan Ukraine.

Dia juga mendakwa telah mengambil anak angkat lelaki berusia 15 tahun dari Mariupol.

ICC berkata ia pada mulanya mempertimbangkan untuk merahsiakan waran tangkap, tetapi memutuskan untuk mendedahkannya kepada umum sekiranya ia menghentikan jenayah selanjutnya daripada dilakukan.

Pendakwaraya ICC Karim Khan memberitahu BBC bahawa kanak-kanak tidak boleh dianggap sebagai rampasan perang dan mereka tidak boleh dihantar pulang.

“Jenayah jenis ini tidak memerlukan seseorang untuk menjadi peguam, seseorang itu perlu menjadi manusia untuk mengetahui betapa mengerikannya ia,” katanya.