Kalimah Allah dalam Bahasa Jawi pada Tokong Kecil, Pemilik Premis Ditahan

Kalimah Allah dalam Bahasa Jawi pada Tokong Kecil, Pemilik Premis Ditahan

0
SHARE

KANGAR: Seorang pemilik perniagaan perkakasan ditahan polis selepas penemuan inskripsi Jawi mengandungi kalimah “Allah” pada sebuah tokong kecil di premisnya di Seriab, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, lelaki berusia 61 tahun itu ditahan pada jam 3 petang oleh pegawai Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) daerah.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil,” katanya dalam kenyataan ringkas, memetik Bernama.

Sementara itu, Ketua Polis Perlis, Datuk Muhammad Abdul Halim berkata, laporan diterima pada jam 2.30 petang selepas seorang lelaki menonton video kejadian itu di Facebook “SAYA ANAK PERLIS”.

Beliau menambah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis turut membantu siasatan.