Dua Skuter Bantu Warga Emas di Taman Tun Fuad Stephens

Dua Skuter Bantu Warga Emas di Taman Tun Fuad Stephens

0
SHARE

KOTA KINABALU: Kawasan riadah di Tana. Tun Fuad Stephens, Bukit Padang kini lebih selamat khususnya bagi warga emas susulan sumbangan dua skuter elektrik oleh Pengerusi Tan Sri TC Goh melalui Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Sabah.

Ketua Polis Bandaraya, ACP Kasim Muda berkata, skuter itu digunakan oleh PDRM dan DBKK bagi meningkatkan rondaan, selain membantu pengunjung terutama warga emas yang beriadah di taman berkenaan.

Tujuan utama rondaan adalah untuk pencegahan jenayah serta membantu warga emas yang mungkin berdepan masalah kesihatan ketika bersenam,” katanya.

Beliau menegaskan skuter berkenaan hanya untuk kegunaan pihak berkuasa dan tidak dibenarkan digunakan orang awam.

Katanya, setakat ini kawasan itu kekal selamat dengan hanya satu kes kecil direkodkan pada Oktober 2025.

Tambahnya, rondaan dijalankan setiap hari mengikut keperluan semasa, khususnya pada waktu puncak pagi dan petang.