China Pertahan Piala Thomas, Tewaskan Perancis 3-1

China Pertahan Piala Thomas, Tewaskan Perancis 3-1

0
SHARE

DENMARK: China menewaskan Perancis 3-1 untuk mempertahankan kejuaraan Piala Thomas 2026 di Forum Horsens.

Shi Yu Qi membuka mata pertama selepas menewaskan Christo Popov dalam pertarungan sengit tiga set.

Perancis bangkit menyamakan kedudukan menerusi Alex Lanier yang menundukkan Li Shi Feng dengan straight set.

China kembali mendahului apabila Weng Hong Yang menewaskan Toma Junior Popov dalam aksi berlarutan 96 minit.

Beregu lelaki He Ji Ting-Ren Xiang Yu kemudian mengesahkan kemenangan dengan straight set ke atas Eloi Adam-Leo Rossi, sekali gus menghadiahkan China gelaran ke-12.

Pemain China meraikan kemenangan di gelanggang sejurus tamat perlawanan.