KOTA KINABALU, SABAH – Kes COVID-19 Sabah jatuh ke bawah paras 300 dengan 294 KES baharu iaitu penurunan sebanyak 57 kes berbanding kelmarin.
Kota Kinabalu masih mencatatkan jumlah kes yang tertinggi di Sabah hampir setiap hari hari dengan jumlah hari ini ialah 60.
Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Tuaran penyumbang kedua tertinggi dengan 33 kes baharu tetapi mencatat pengurangan 17 kes berbanding kelmarin.
“Manakala Ranau di tangga ketiga dengan 28 kes, kurang lima (5) kes berbanding semalam…
“Anggota ‘Empat Serangkai’ yang keempat, Kota Belud mencatat 13 kes (-28) sahaja hari ini berbanding 41 sebelumnya,” katanya dalam sebuah rumusan harian kes.
Katanya, jumlah dan peratusan kes yang tinggi setiap hari berpunca daripada jangkitan sporadik harus dilihat sebagai satu amaran dan peringatan kepada penduduk negeri ini.
“Elakkan daripada tempat ramai orang berkumpul bagi mengurang risiko jangkitan. Semua prosedur operasi standard (SOP) juga perlu dipatuhi setiap masa…
“Kita baru sahaja dikejutkan dengan varian baharu Omicron yang dikatakan menjangkit lebih cepat daripada varian sebelumnya,” katanya.
Dalam pada itu Masidi memberitahu peratusan kes jangkitan sporadik hari ini ialah 36 peratus (36%) berbanding (38%) dan (42%) pada hari sebelumnya.
“Seramai 287 pesakit atau 98 peratus (98%) adalah dalam Kategori 1 dan 2…
“Hanya seorang dalam Kategori 3 dan 5, manakala dua (2) orang dalam Kategori 4,” katanya sambil menambah terdapat tiga (3) kes yang masih dalam siasatan.
Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (05 Dis) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):
Kota Kinabalu – 60 (59)
Tuaran – 33 (50)
Ranau – 28 (33)
Penampang – 18 (19)
Keningau – 18 (19)
Beaufort – 18 (19)
Putatan – 18 (4)
Papar – 14 (26)
Sandakan – 13 (5)
Kota Belud – 13 (41)
Kota Marudu – 10 ( 9)
Kuala Penyu – 9 (8 )
Pitas – 7 (5)
Tenom – 7 ( 11)
Tawau – 5 (3)
Tambunan – 3 ( 6)
Lahad Datu – 3 ( 7)
Sipitang – 3 (5)
Kudat – 3 (8)
Semporna – 2 (0)
Beluran – 2 (5)
Kunak – 3 (0)
Tongod – 2 (0)
Telupid – 1 (6)
Kinabatangan – 1 (2)
Kalabakan – 1 (0)
Nabawan – 0 (1)





