Isteri KM Sabah Beri Sokongan Kepada Penderma Darah Di Tuaran

Isteri KM Sabah Beri Sokongan Kepada Penderma Darah Di Tuaran

0
SHARE
Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Panglima Hajah Juliah Salag diiringi Pengarah Hospital Tuaran, Dr G. Mohan Gopal Naidoo, bersama salah seorang penderma darah sempena Program Derma Darah Hospital Tuaran bersama Badan Bukan Kerajaan (NGO) Daerah Tuaran, di Hospital Tuaran, di sini pada Ahad...

TUARAN, SABAH – Isteri Ketua Menteri Datin Seri Panglima Hajah Juliah Salag hadir untuk memberi sokongan kepada penderma darah yang menjayakan kempen Jom Derma Darah di Hospital Tuaran di sini hari ini.

Jom Derma Darah itu adalah anjuran bersama Persatuan Tzu Chi, Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Daerah Tuaran dan Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS).

Beliau berasa gembira melihat sambutan menggalakkan daripada penderma yang membantu pelaksanaan jom derma darah itu.

Juliah yang juga Yang Dipertua MUTIARA GRS berharap lebih banyak program seperti itu dianjurkan pada masa akan datang di daerah ini bagi membantu keperluan bekalan darah di Tabung Darah Hopital Tuaran.

Isteri Ketua Menteri itu turut menyampaikan sumbangan berupa bakul makanan daripada MUTIARA GRS kepada penderma darah yang hadIr sempena kempen berkenaan.

Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Panglima Hajah Juliah Salag diiringi Pengarah Hospital Tuaran, Dr G. Mohan Gopal Naidoo, menyerahkan sumbangan kepada salah seorang penderma darah sempena Program Derma Darah Hospital Tuaran bersama Badan Bukan Kerajaan (NGO) Daerah Tuaran, di Hospital Tuaran, di sini pada Ahad…

Sementara itu Pengarah Hospital Tuaran, Dr. G Mohan Gopal Naidoo berkata program itu menyasarkan sekurang-kurangnya 50 hingga 100 pain darah menerusi kempen kali ini.

“Sambutan amat menggalakkan dan kebanyakan yang datang ini adalah penderma biasa…

“Kempen anjuran badan bukan kerajaan (NGO) ini termasuk MUTIARA GRS diharap dapat membantu bank darah di hospital ini terutama untuk keperluan pesakit talasemia,” katanya sambil menambah lebih 50 orang dijangka hadir menderma darah menerusi kempen ini.

Beliau berkata kempen derma darah kerap dianjurkan oleh pihak hospital, sekurang-kurangnya tiga kali sebulan.

Yang turut hadir isteri Timbalan Ketua Menteri II, Datin Seri Panglima Cecilia Edwin Kitingan, isteri Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli, Datin Malianah Ugau dan isteri Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Dg Siti Noor Hayyat Ag Mohd Saufi dan isteri ADUN Kiulu, Datin Lucy Irene Yong.