Tun Juhar Hadir Rumah Terbuka Setiausaha Perhubungan TYT

Tun Juhar Hadir Rumah Terbuka Setiausaha Perhubungan TYT

0
SHARE
Juhar
Tun Juhar (tengah) bergambar kenang-kenangan bersama tetamu yang hadir ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin hadir ke Rumah Terbuka Aidilfitri Setiausaha Perhubungannya, Datuk Mohd Rashid Mohd Tahir.

Hadir bersama Tun Juhar ialah isteri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni serta anak-anaknya.

Turut hadir, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun, Ketua Hakim Syarie Negeri Sabah, Ahadin Arinen dan Konsul Jenderal Republik Indonesia, Bapak Rafail Walangitan serta isteri, Oryza Sativa.

Hadir sama, Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah, Profesor Datuk Dr. Kasim Mansor, Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri, Tan Sri Andrew Liew Sui Fatt dan Setiausaha Sulit Kepada Tuan Yang Terutama, Datuk Abinan Asli bersama isteri masing-masing. — JABATAN PENERANGAN SABAH