
JAMESTOWN, BRITAIN – Kura-kura yang dinamakan ‘Jonathan’ di pulau St Helena, United Kingdom telah dinobatkan sebagai kura-kura tertua di dunia.
Menurut pengumuman Guinness World Records (GWS) baru-baru ini, Jonathan dipercayai berusia 190 tahun dan tinggal di St Helena sejak tahun 1882.
Kura-kura itu mendapat anugerah chelonian tertua, kategori untuk semua jenis penyu, kura-kura dan labi-labi…
Terdahulu, rekod itu dipegang oleh Tu’i Malila, kura-kura berusia 188 tahun yang mati pada 1965.
Kerajaan St Helena berkata, Jonathan adalah kura-kura buta dan tiada deria bau namun tetap berselera untuk makan.
Sementara itu, rutin makanan Jonathan akan dikawal oleh pasukan veterinar kerajaan.
Walau pada usia hampir dua abad, doktor veterinar, Joe Hollins berkata, Jonathan masih kekal aktif dan tinggal bersama beberapa kura-kura gergasi lain seperti David, Emma dan Fred.
“Di sebalik umurnya, Jonathan masih aktif dan tidak berlaku sensitiviti gender antara haiwan berkenaan…
“Meskipun telah mencapai usia hampir 200 tahun, ia masih mempunyai keinginan seksual yang normal kerana sering mengawan bersama Emma dan Fred,” kata Hollins.