Pengawal Selia Kesatuan Eropah Denda TikTok

Pengawal Selia Kesatuan Eropah Denda TikTok

0
SHARE
Gambar sekadar hiasan...

LONDON – Platform media sosial milik China, TikTok didenda  sebanyak 345 juta euro oleh Pengawal selia Kesatuan Eropah (EU) atas atas pelanggaran data kanak-kanak.

Suruhanjaya Perlindungan Data Ireland dalam kenyataan yang dipetik AFP memaklumkan, pihaknya menjatuhkan hukuman denda pentadbiran bersamaan dengan $369 juta, atas pelanggaran yang ditemuinya dalam siasatan dua tahun.

Badan pemantau pada September 2021 mula memeriksa pematuhan terhadap platform TikTok dengan Peraturan Perlindungan Data Umum (GDPR ) berhubung tetapan platform dan pemprosesan data peribadi bagi pengguna berumur bawah 18 tahun.

Badan pemantau itu turut melihat langkah pengesahan umur pengguna di TikTok di bawah umur 13 tahun dan mendapati tiada pelanggaran.

Bagaimanapun, platform berkenaan tidak menilai dengan tepat risiko terhadap golongan muda yang mendaftar pada perkhidmatan terbabit.

Pihak berkuasa perlindungan data Ireland (DPC) memberi keputusan bagaimana kanak-kanak yang mendaftar mempunyai akaun TikTok ditetapkan kepada umum secara mod lalai, sekali gus sesiapa sahaja boleh melihat atau mengulas pada kandungan mereka.

Ia juga mengkritik mod ‘family pairing’ di TikTok, yang direka untuk memautkan akaun ibu bapa kepada anak remaja mereka.

Bagaimanapun, DPC mendapati syarikat terbabit tidak mengesahkan status ibu bapa atau penjaga dalam perkara berkenaan.

Dublin yang juga ibu kota Ireland menjadi tuan rumah kepada ibu pejabat TikTok di Eropah dan juga Google, Meta serta X yang sebelum ini dikenali sebagai Twitter.

TikTok sebahagian syarikat besar dari China, ByteDance yang begitu popular dalam kalangan golongan muda membabitkan seramai 150 juta pengguna di Amerika Syarikat (AS) dan 134 juta di Kesatuan Eropah (EU).