Muhyiddin Disahkan Positif COVID-19

Muhyiddin Disahkan Positif COVID-19

0
SHARE
Tan Sri Muhyiddin Yassin...

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, disahkan positif COVID-19 setelah membuat ujian RT-PCR pagi tadi.

Dalam satu catatan pada halaman Facebook peribadinya, beliau berkata dirinya hanya mengalami gejala ringan dan berada dalam keadaan baik.

Ketika ini, bekas perdana menteri itu sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah mengikut protokol Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Kepada sesiapa yang berkemungkinan menjadi kontak rapat saya, saya nasihatkan supaya mematuhi protokol yang ditetapkan oleh KKM…

“Mohon doakan kesihatan saya dan keluarga,” katanya.