BUNG NAFI MESEJ TULAR UMNO SABAH HILANG KEPERCAYAAN TERHADAP KM SABAH

BUNG NAFI MESEJ TULAR UMNO SABAH HILANG KEPERCAYAAN TERHADAP KM SABAH

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Pejabat Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar Radin, menafikan mesej tular yang kononnya menyatakan UMNO Sabah hilang kepercayaan terhadap Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor.

Setiausaha akhbar, Jaafar Wahid menerusi kenyataan hari ini berkata, Bung yang juga Ketua UMNO Sabah tiada membuat sebarang kenyataan mengenai perkara tersebut yang tular di media sosial baru-baru ini.

Menurutnya kenyataan media tersebut telah disunting oleh individu yang tidak bertanggungjawab dengan cuba mengaitkan situasi politik yang berlaku di Melaka ketika ini.

Jaafar Wahid…

“Saya menyeru kepada semua pihak agar jangan mempercayai berita ini atau menularkannya di media sosial…

“Perbuatan memalsukan kenyataan itu dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab demi kepentingan politik sendiri,” katanya.