
TUARAN, SABAH – Kelindan sebuah lori 3 tan cedera parah selepas kenderaan berat itu melanggar sebuah rumah di Kampung Kapa di Tamparuli sini lalu terjunam ke dalam gaung sedalam 500 meter tadi.
Kesemua penghuni rumah pada Jalan Ranau itu disahkan selamat oleh Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sabah…
Mereka terdiri daripada lima orang wanita dan empat lelaki diantara umur 19 hingga 82 tahun.

Pemandu lori, seorang lelaki yang hanya dikenal pasti sebagai Kalprasil Salimajid, mengalami kecederaan ringan dalam insiden kira-kira 7.30 pagi itu…
“Mangsa yang cedera telah mendapat rawatan awal oleh Pasukan EMRS seterusnya dihantar ke Hospital menggunakan Jentera EMRS dan Ambulans untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.
“Setelah memastikan tiada bahaya lain di lokasi. Operasi ditamatkan pada jam 9.50 pagi,” menurut kata jurucakap PGO.