PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan kes baharu positif COVID-19 hari ini sebanyak 3 orang dan menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 8,677 orang.
DARIPADA 3 KES BAHARU YANG DILAPORKAN HARI INI, kesemuanya adalah daripada kes IMPORT.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media harian perkembangan COVID-19 sebentar tadi menyatakan bahawa jumlah pesakit yang telah discaj sebanyak 5 orang, ini menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 8,486 orang bersamaan dengan 97.80% daripada jumlah keseluruhan kes positif COVID-19.

Menurutnya lagi sebanyak 2 kes positif COVID-19 masih sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan jumlah pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan sebanyak 1 pesakit.
Dalam pada masa yang sama, beliau memaklumkan bahawa tiada kes kematian dilaporkan di Malaysia dan setakat ini jumlah kes kematian kekal sebanyak 121 kes iaitu bersamaan 1.39%.