KOTA KINABALU, SABAH – Sejak semalam, satu video tuduhan Shafie Apdal adalah agen kepada Sultan Sulu dan negara Filipina mula tular di media sosial Facebook dan sebaran aplikasi WhatsApp sehingga menimbulkan perdebatan umum dikalangan rakyat Sabah.
Video yang berdurasi 8 minit tersebut telah dimuat turun oleh aktivis media sosial Jufazli Shi Ahmad melalui alamat Facebook Rakyatdotcom yang telah ditonton hampir 50 ribu pengguna malahan turut dikongsikan oleh seramai 626 pelayar laman media sosial Facebook.
Jufazli dalam kenyataan melalui rakaman video tersebut mempersoalkan alasan selama Shafie Apdal menjadi Ketua Menteri Sabah, beliau tidak suka adanya campur tangan daripada Kerajaan Persekutuan untuk membantu pentadbiran Negeri Sabah dan ini adalah sebagai bukti berkemungkinan Shafie adalah agen kepada Sultan Sulu dan Kerajaan Filipina.
Konsep Federalisma yang dibentuk antara Sabah dan Kerajaan Persekutuan sehingga tertubuhnya Malaysia pada tahun 1963 adalah jelas di mana perlunya wujud kerjasama yang erat antara Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah.
Jufazli turut mengemukan bukti pertemuan di antara Shafie dan waris Sultan termasuk keturunan asal Shafie sendiri yang berasal dari Sulu memperkukuhkan alasan berkemungkinan Shafie secara senyap sedang membantu Sultan Sulu dan Filipina menuntut Sabah dari Malaysia.
Pada 11 Februari 2013, seramai 235 orang pengganas dari Filipina yang langkap bersenjata telah mendarat di Kg. Tanduo, Daerah Lahad Datu, Sabah.
Kumpulan pengganas yang yang menggelarkan diri mereka sebagai Angkatan Keselamatan Diraja Kesultanan Sulu dan Borneo Utara, telah dihantar oleh Jamalul Kiram III yang merupakan salah seorang dari pihak-pihak yang menuntut takhta kesultanan Sulu di Sabah.
Walau bagaimanapun, kumpulan pengganas tersebut berjaya ditumpaskan oleh pihak Polis dengan bantuan Tentera Di Raja Malaysia.
Dalam pada itu, Gerakan Anti Shafie Apdal (GASA) turut memberikan reaksi mengenai video ini dengan kenyataan; “agak menghairankan kerana Jufazli Shi Ahmad sebenarnya sebelum ini telah dibayar oleh Shafie Apdal untuk menyerang tokoh dan individu-individu politik bagi tujuan kepentingan politik Shafie.”
“Video pendedahan ini jelas amat mengejutkan dan berharap agar pihak Polis dan perisik dapat menyiasat dengan lebih lanjut tuduhan yang dibuat oleh Jufazli.”
“Selain dari kenyataan Jufazli tersebut, rekod dua (2) tahun Shafie dilantik menjadi Ketua Menteri Sabah adalah kekerapan berlaku kebakaran di kawasan perkampungan setinggan dan selepas kebakaran wujud pula majlis penyerahan Mykad oleh JPN kepada mangsa kebakaran, isu dokumentasi PSS, akitiviti bom ikan berleluasa, pelantikan pegawai berasal dari Semporna ke jabatan kerajaan termasuk anak syarikat kerajaan negeri, peningkatan jumlah pengangguran dan banyak lagi yang mana rakyat Sabah sahaja mampu terjemahkan.”