Bumi Catat Rekod Haba, Amaran Krisis Iklim Berpanjangan

Bumi Catat Rekod Haba, Amaran Krisis Iklim Berpanjangan

0
SHARE

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran tahap haba terperangkap di Bumi mencatat rekod baharu pada 2025, dengan kesannya dijangka berlarutan hingga ribuan tahun.

Laporan Keadaan Iklim Global oleh Pertubuhan Meteorologi Dunia (WMO) mengesahkan 11 tahun paling panas direkodkan berlaku antara 2015 hingga 2025.

Suhu global tahun lalu sekitar 1.43°C melebihi purata era pra-industri, manakala 2024 kekal tahun paling panas.

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres, menyifatkan keadaan ini sebagai “kecemasan iklim”.

Peningkatan gas rumah hijau pada paras tertinggi dalam 800,000 tahun telah mengganggu keseimbangan tenaga Bumi.

Lebih 90 peratus haba berlebihan diserap oleh lautan, yang turut mencatat suhu tertinggi dan mempercepatkan kenaikan aras laut serta kemusnahan ekosistem marin.

Ais di Antartika dan Greenland terus mencair, manakala litupan ais Artik berada pada tahap terendah.

Paras laut global kini meningkat kira-kira 11cm sejak 1993 dan dijangka terus naik selama berabad.

Walaupun fenomena La Nina memberi sedikit kesan penyejukan, risiko suhu tinggi kekal dengan kemungkinan El Nino kembali menjelang hujung 2026.

Pertubuhan Meteorologi Sedunia menyifatkan situasi ini sebagai serius, dengan perubahan iklim semakin cepat dan tindakan segera amat diperlukan.