BANJARMASIN: AirAsia melancarkan laluan antarabangsa baharu yang menghubungkan Kuala Lumpur terus kepada Banjarmasin.
Pelancaran itu menjadikannya syarikat penerbangan antarabangsa pertama beroperasi ke Kota Seribu Sungai.
Bermula 20 Oktober 2025, laluan ini menambah jumlah penerbangan AirAsia antara Malaysia–Indonesia kepada 229 penerbangan mingguan ke 18 destinasi, termasuk Jakarta, Bali, Medan, Yogyakarta, Palembang, Semarang dan Pontianak.
CEO AirAsia Malaysia, Dato’ Kapten Fareh Mazputra berkata, laluan ini memperkukuh hubungan dua hala dan merangsang pelancongan serta perdagangan.
Manakala Kerajaan Kalimantan Selatan menyifatkannya sebagai pencapaian penting bagi meningkatkan kedatangan pelancong antarabangsa.
Bagi meraikan pelancaran, AirAsia menawarkan tambang promosi dari RM299 sehala (KUL–BDJ) dan IDR1,099,000 sehala (BDJ–KUL) sehingga 28 September 2025, perjalanan antara 20 Oktober 2025 hingga 28 Mac 2026 melalui aplikasi AirAsia MOVE dan airasia.com.