Britain, Kanada, Australia dan Portugal Ikhtiraf Palestin, AS Dijangka Veto

Britain, Kanada, Australia dan Portugal Ikhtiraf Palestin, AS Dijangka Veto

0
SHARE

GLOBAL: Britain, Kanada, Australia dan Portugal pada Isnin mengumumkan pengiktirafan rasmi terhadap negara Palestin bagi menekan Israel yang terus melancarkan serangan di Gaza.

Perancis, Belgium, Luxembourg dan beberapa negara Eropah lain dijangka menyusul minggu ini di Perhimpunan Agung PBB.

Pengumuman itu mencetuskan kecaman keras Israel dengan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu menegaskan tiada negara Palestin akan diwujudkan, sambil menuduh langkah tersebut sebagai “ganjaran kepada pengganas”.

Presiden Israel Isaac Herzog turut menyifatkannya sebagai tindakan yang tidak membawa damai.

Sebaliknya, Presiden Palestin Mahmoud Abbas menyambut baik langkah itu sebagai “penting dan perlu” untuk membuka jalan penyelesaian dua negara. Hamas pula menyifatkan ia positif tetapi menuntut tindakan konkrit.

Lebih 140 negara anggota PBB kini mengiktiraf Palestin, sekali gus mengukuhkan isolasi Israel di peringkat antarabangsa.

Namun, halangan terbesar kekal di Majlis Keselamatan PBB, di mana Amerika Syarikat dijangka menggunakan kuasa veto untuk menghalang keahlian penuh Palestin.