Seramai 30 Usahawan, Bakal Usahawan Sertai Kursus Anjuran INSKEN

Seramai 30 Usahawan, Bakal Usahawan Sertai Kursus Anjuran INSKEN

0
SHARE
Ewon
Menteri Pembamgunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick bergambar bersama 30 usahawan Kursus Asas Keusahawanan di Hotel Promenade ( Sumber Foto: Ihsan KUSKOP )

Seramai 30 Usahawan, Bakal Usahawan Sertai Kursus Anjuran INSKEN

KOTA KINABALU, SABAH – Seramai 30 usahawan dan bakal usahawan di Sabah menyertai kursus Asas Keusahawanan anjuran Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), satu daripada agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, ia bertujuan membantu usahawan dan bakal usahawan mendalami ilmu asas keusahawanan sebelum memulakan perniagaan.

“Kursus dua hari ini merupakan kursus pertama Insken tahun ini di Sabah. Selain kursus singkat Insken juga mengadakan kursus sehingga empat hingga enam bulan yang akan diadakan pada bulan akan datang.

“Tahun ini kementerian akan melaksanakan sebanyak 185 program atau projek di seluruh negara.

Saya menghargai komitmen dan kerjasama semua agensi kementerian kerana memilih Sabah sebagai tempat pertama melaksanakan program masing-masing tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas program santai bersama peserta kursus, di Promenade Hotel, di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Insken Muhd Firdaus Azharuddin.

Dalam pada itu, Ewon turut berkata antara modul latihan sepanjang kursus ini ialah merangkumi panduan pendaftaran perniagaan, pengurusan kewangan, operasi, aktiviti pemasaran atau jualan secara online atau offline.

“Tenaga pengajar yang dilantik adalah daripada BisKaunselor Insken dan kumpulan sasaran kursus ini ialah usahawan yang memulakan perniagaan dan usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS),” katanya.

Mengenai cadangan penubuhan Majlis Pembangunan Usahawan, Koperasi, Penjaja dan Peniaga Kecil peringkat daerah, Ewon berkata, ia adalah antara pendekatan baharu bagi memperkasakan tadbir urus pembangunan usahawan, koperasi, penjaja dan peniaga-peniaga kecil, di seluruh negara.

“Ini adalah antara pendekatan baharu bagi memperkasakan tadbir urus pembangunan usahawan, koperasi, penjaja dan peniaga-peniaga kecil.

“Antara sasaran atau wawasan majlis ini diwujudkan adalah untuk membantu menyelesaikan pelbagai isu yang dihadapi oleh para usahawan, koperasi, peniaga dan penjaja kecil-kecilan.

“Ini termasuk hal-hal berkaitan perlesenan, penguatkuasaan perniagaan, ruang niaga, pembiayaan kepada usahawan termasuk penjaja di peringkat akar umbi,” katanya.

Beliau berkata, sekiranya sesuatu isu berkaitan usahawan tidak dapat diselesaikan di peringkat daerah, maka menjadi tanggungjawab pegawai daerah mengangkat isu itu ke peringkat Majlis Pembangunan Usahawan, Koperasi, Penjaja dan Peniaga Kecil.

“Sekiranya ia melibatkan bajet, kita akan kemukakan keperluan itu kepada kementeian untuk tindakan seterusnya,” katanya.