Nirvana Disaman Oleh Lelaki Sebagai Bayi Dalam Album ‘Nevermind’

Nirvana Disaman Oleh Lelaki Sebagai Bayi Dalam Album ‘Nevermind’

0
SHARE
Spencer Elden berkata gambar dia sebagai bayi bogel dalam kolam renang itu adalah bahan lucah kanak-kanak, bertindak saman Nirvana...

CALIFORNIA – Bayi pada kulit album Nirvana, ‘Nevermind’ sekarang berumur 30 tahun bertindak menyaman kumpulan rock itu kerana eksploitasi seksual.

Spencer Elden turut berkata gambar beliau sebagai bayi bogel dalam kolam renang itu adalah bahan lucah kanak-kanak.

Sejumlah 30 juta keping album itu dijual di seluruh dunia.

Peguamnya, Robert Y. Lewis, mendakwa gambar yang disunting dengan gambar satu keping matawang USD menggambarkan anak guamnya seperti pekerja seks.

“Anak guam saya telah menderita dan akan terus mengalami kesukaran seumur hidup…tekanan emosi yang melampau dan kekal serta gangguan pada perkembangan normal yang menyukarkan kemajuan pendidikan sehingga terpaksa mendapatkan rawatan perubatan dan psikologi,” katanya.

Sumber berita BBC melaporkan Elden menuntut $150,000 (RM 628,650) dari 15 individu termasuk ahli kumpulan Dave Grohl dan Krist Novoselic, bekas isteri Kurt Cobain dan jurugambar Kirk Weddle.

Walau bagaimanapun, wakil bagi pihak Nirvana dan label rekod belum menjawab tuntutan beliau.

Kumpulan Nirvana…

Pada umur 26 tahun Spencer berkata kepada Time Magazine beliau rasa kurang selesa dengan gambar itu apabila semakin berumur.

“Saya dilahirkan terus dengan project besar ini dan agak susah menjadi terkenal untuk benda seperti itu…

“Dan juga ia susah bagi tidak marah apabila dapat tahu berapa jumlah keuntungan terlibat.

“Bila saya pergi melihat permainan besbol saya akan terfikir semua orang di sana pernah melihat saya bogel sewaktu bayi.

“Saya rasa seolah hilang hak asasi sebagai seorang manusia,” katanya.

Ayah kepada Rick berkata kepada stesen radio NPR dia cuma diberi $200 bagi sesi penggambaran itu

“Kami hanya sedang berpesta dan tidak orang menghiraukan apa-apa sehinggalah tiga bulan kemudian gambar itu muncul besar pada bangunan Tower Records di Los Angeles.”

Jurugambar itu, Weddle, berkata dia masih berhubung dengan Elden dan faham dia rasa bertentangan terhadap keadaan terbabit.

“Dia merasa bahawa semua orang telah mengaut untuk kecuali dirinya sendiri dan saya rasa dia patut mendapat sesuatu…

“Namun selalunya label rekod yang mengambil hampir semua keuntungan,” katanya.

Dua bulan selepas gambar anak mereka terkenal, keluarga Elden menerima satu salinan album platinum dan anak patung beruang dari Geffen Records.