Akibat ‘Salah Guna’ Kedudukan Monopoli Pasaran, Apple Didenda AS$12.1 Juta Oleh Russia

Akibat ‘Salah Guna’ Kedudukan Monopoli Pasaran, Apple Didenda AS$12.1 Juta Oleh Russia

0
SHARE

MOSCOW, RUSSIA – Akibat ‘salah guna’ kedudukan bagi monopoli pasaran dengan mengutamakan aplikasinya sendiri, syarikat gergasi Apple didenda oleh Kerajaan Russia sebanyak AS$12.1 juta (RM49.6 juta), demikian menurut pengawal selia kerajaan Russia semalam.

Ia dilakukan ketika Russia meningkatkan tekanan terhadap syarikat teknologi Barat, dengan pihak berkuasa menyasarkan untuk meletakkan segmen internet Russia di bawah kendalian negara itu.

Memetik laporan AFP, tindakan itu diambil ketika agensi anti kepercayaan di Kesatuan Eropah (EU), Amerika Syarikat (AS), Britain dan Korea Selatan semakin berminat terhadap Apple, dengan banyak syarikat ingin bebas daripada syarat stor aplikasi globalnya.

Perkhidmatan Anti-Monopoli Persekutuan Russia, dalam satu kenyataan, berkata Apple dikenal pasti menyalahgunakan kedudukannya yang dominan di pasaran pengedaran iOS.

“Apple didapati menggunakan siri rangkaian tindakan untuk mewujudkan kelebihan daya saing untuk produknya sendiri,” katanya.

Denda lebih AS$12.1 juta (RM49.6 juta) dikenakan ke atas syarikat itu selepas keputusan memihak kepada syarikat keselamatan siber Kaspersky Lab, yang memfailkan aduan terhadap gergasi teknologi AS itu.

Apple mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu dan menjelaskan pihaknya dengan hormat tidak bersetuju terhadap ketetapan perkhidmatan anti-monopoli Russia.

Tambah syarikat itu, ia bangga kerana sudah membantu ratusan ribu pemaju di Russia, termasuk Kaspersky untuk mencapai lebih lebih satu bilion pelanggan di 175 negara melalui App store.