Ardell di Atas Kapal Mikeno, Satu-Satunya Kapal Hampir ke Gaza

Ardell di Atas Kapal Mikeno, Satu-Satunya Kapal Hampir ke Gaza

0
SHARE

KOTA KINABALU, 2 Oktober — Kapal Mikeno yang membawa sukarelawan kemanusiaan termasuk pelakon dan aktivis Malaysia, Ardell Aryana, dilaporkan sebagai satu-satunya kapal dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF) yang berjaya menghampiri perairan Gaza.

Menurut siaran langsung livestream tracker GSF, Mikeno dikesan berada paling hampir ke Semenanjung Gaza berbanding kapal-kapal lain dalam konvoi berkenaan yang dipintas tentera regim Israel.

Kapal lain termasuk Huga (yang dinaiki penyanyi Zizi Kirana) dan Alma (yang membawa aktivis Sul Aidil) dilaporkan lebih awal dihalang oleh tentera laut regim Israel.

Pusat Kawalan Sumud Nusantara mengesahkan Ardell berada di atas kapal Mikeno bersama aktivis antarabangsa lain.

“Kapal Mikeno dikesan menghampiri Gaza, namun komunikasi dengan kapal tersebut dilaporkan semakin terhad selepas didekati aset tentera Israel,” menurut kenyataan pusat kawalan itu.

Misi Global Sumud Flotilla berlayar dari pelabuhan Eropah membawa bekalan kemanusiaan untuk rakyat Gaza yang terjejas akibat sekatan berpanjangan Israel.

Semua aktivis menegaskan misi ini bersifat aman, tanpa sebarang senjata, dan mematuhi undang-undang antarabangsa.

Sehingga kini, kerajaan Malaysia melalui Kementerian Luar masih memantau rapat perkembangan flotilla berkenaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menegaskan Malaysia akan menggunakan semua saluran sah untuk memastikan keselamatan warganegara, termasuk Ardell, Zizi Kirana dan Sul Aidil yang ditahan.

Kapal Mikeno kini menjadi tumpuan antarabangsa kerana dilaporkan paling hampir menjejakkan kaki ke Gaza.