KUALA LUMPUR – Profesor Diraja, Ungku Abdul Aziz, 98, meninggal dunia akibat sakit tua di Hospital Prince Court di sini, hari ini.
Allahyarham yang yang merupakan tokoh ekonomi dan pendidikan negara meninggal dunia kira-kira jam 4 petang tadi ketika menerima rawatan di hospital tersebut dan berita kematiannya dimaklumkan oleh isterinya, Rahaiah Baheran.
Menurut isterinya, Rohayah Ahmad Bahiran, jenazah Prof Ungku Aziz, 98, akan dibawa ke Masjid At-Taqwa dan dijangka dikebumikan pada malam ini.
Allahyarham Ungku Abdul Aziz yang dilahirkan di London, United Kingdom pada 28 Januari 1922 merupakan seorang tokoh yang paling disegani terutamanya dalam bidang pendidikan.
Allahyarham juga merupakan tokoh penting di sebalik penubuhan Lembaga Urusan Tabung Haji dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA).
Selain itu, beliau juga adalah seorang ahli ekonomi yang banyak menyumbang idea kepada agama, bangsa dan negara.
Beliau pernah memenangi Hadiah Budaya Asia Fukuoka IV pada tahun 1993 dan pernah dianugerahkan gelaran “Profesor Diraja Ekonomi” (Pembangunan Luar Bandar) pada 17 Jun 1978.
Pada 21 Julai 2002 beliau telah dianugerahkan Tokoh Koperasi Negara sempena Hari Koperasi Negara.
Allahyarham juga merupakan bapa kepada bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar.