4 Kluster Baharu Menyumbang Kepada Peningkatan 516 Kes Positif COVID-19 Di Sabah

4 Kluster Baharu Menyumbang Kepada Peningkatan 516 Kes Positif COVID-19 Di Sabah

0
SHARE
Gambar hiasan...

KOTA KINABALU, SABAH – EMPAT (4) kluster baharu yang dikesan di negeri ini menyumbang kepada peningkatan angka kes baharu positif COVID-19 sebanyak 516 KES pada kelmarin (Jumaat).

“Satu kes kematian juga dilaporkan di Beaufort,” kata jurukata COVID-19 Sabah Datuk Seri Masidi Manjun.

Kluster Kg Mananam di Tongod dikesan pada 19 Julai melalui saringan bergejala ke atas seorang pengawal keselamatan di sebuah sekolah rendah.

“Kes indeks merupakan lelaki, 49. Saringan kontak dalam kalangan komuniti di sekitar kampung terbabit sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes positif bagi kluster ini sebanyak 20 kes.”

Kluster Jalan Stesen TV di Tawau melibatkan penularan jangkitan di sebuah ladang ternakan ayam di Mukim Sri Tanjung.

“Kes indeks adalah buruh kasar lelaki, bukan warganegara, 24. Saringan kontak rapat mendapati 48 kes positif termasuk keluarga, rakan sekerja serta jiran yang tinggal di kuarters pekerja.”

Kluster Bukit Mas di Kinabatangan adalah kluster jenis tempat kerja di Mukim Sukau.

“Kes indeks merupakan lelaki, 32, kerani stor di Ladang Sawit Bukit Mas, Kinabatangan. Kes yang mula bergejala demam dan batuk sejak 15 Julai 2021…

“Saringan kontak mendapati 10 lagi kes positif dalam kalangan keluarga, pekerja dan tanggungan menjadikan jumlah kumulatif kes positif bagi kluster ini sebanyak 11 kes.”

Kluster Jalan Utara Dua di Sandakan, tercetus di wad lelaki sebuah hospital kerajaan dan dikategorikan sebagai kluster pusat rawatan.

“Kes indeks adalah lelaki, 74, yang menjalani ujian saringan selepas pemeriksaan oleh Pakar Perubatan ke atas X-ray dada. Setakat 23 Julai, kumulatif kes adalah 13 orang termasuk pesakit, penjaga tahanan dan satu orang serumah,” jelas Masidi.

Infografik perkembangan terkini COVID-19 di Sabah setakat 23 Julai 2021…(Sumber Foto: Command Centre Sabah)

Dalam pada itu beberapa lokaliti dari lima (5) daerah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“Ini termasuk Kampung Kolam di Kudat. Enam Lokaliti di Kota Kinabalu iaitu Taman Sepanggar, Blok D & E, Apartment Angkasa, Bandar Sinsuran, Kampung Sepakat Jaya, Kampung Rampayan dan Kampung Lokub…

“Taman Sabana Fasa 1 di Keningau, Kampung Berhala Darat dan Kampung Melayu Bumiputra di Sandakan, dan Kampung Nagapas, Jalan Kebun Lama di Papar.

“Arahan ini mula berkuat kuasa dari 25 Julai sehingga 7 Ogos,” kata beliau.

Kebanyakkan kawasan PKPD berada di Bandar Kota Kinabalu iaitu 26 kawasan dari jumlah 93 di seluruh Sabah.