Bapa Dan Abang Durjana!!! Beri Minuman Khayal Untuk Rogol Remaja Perempuan 18...

Bapa Dan Abang Durjana!!! Beri Minuman Khayal Untuk Rogol Remaja Perempuan 18 Tahun

0
SHARE

MELAKA – LELAKI DURJANA!!!, itu lah ungkapan yang sesuai buat perbuatan terkutuk serta jahat buat bapa dan tiga anak lelakinya yang menjadikan remaja perempuan berusia 18 tahun sebagai hamba seks selama setahun.

Bapa dan dua abang mangsa serta seorang kakak iparnya ditahan kelmarin dalam serbuan di sebuah rumah di Tanjung Kling dekat sini pada pukul 12.45 pagi, manakala seorang lagi ditahan pada pukul 1.13 pagi di Bemban.

Kesemua yang ditahan berusia 23 sehingga 48 tahun. Bapa mangsa dikatakan penganggur manakala tiga lagi abangnya tiada kerja tetap.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Mohd. Sukri Kaman berkata, terdahulu mangsa membuat laporan mendakwa dirogol dan diliwat oleh ayah dan tiga abang kandung bergilir-gilir di daerah sama.

“Bertindak atas laporan itu, polis menahan bapa dan ketiga-tiga abang mangsa, serta kakak ipar remaja itu…

“Saringan ujian air kencing mendapati tiga daripada mereka positif syabu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Menurut beliau, mangsa yang sudah kematian ibu mendakwa kejadian rogol dan liwat sudah berlarutan sejak Februari 2020 dan kali terakhir pada Februari lalu.

“Mangsa yang tidak lagi bersekolah mendakwa dia dirogol dan diliwat abang-abangnya pada waktu siang, manakala bapanya akan melakukan perbuatan terkutuk itu pada waktu malam dan mangsa akan dipukul sekiranya melawan,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Sukri berkata, perbuatan itu dilakukan secara bergilir-gilir oleh suspek apabila mereka berada di bawah pengaruh dadah.

Kesemua suspek direman selama tujuh hari sehingga 29 April ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376B dan 377C Kanun Keseksaan.