Bekas Pengurus Kanan Syarikat GLC Ditahan SPRM Sabah

Bekas Pengurus Kanan Syarikat GLC Ditahan SPRM Sabah

0
SHARE
Gambar sekadar hiasan...

KOTA KINABALU, SABAH – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah telah menahan seorang bekas Pengurus Kanan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) berusia 40-an kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu berjumlah kira-kira RM26,000 antara November 2017 hingga Januari 2018.

Sumber berkata, suspek lelaki dipercayai mengarahkan sebuah syarikat untuk menjalankan kerja-kerja penggantian tiga jenis paip di sebuah kilang berasaskan produk minyak sawit sedangkan kerja-kerja tersebut tidak dilaksanakan.

Menurut sumber, suspek dipercayai telah ditahan di pejabat SPRM Cawangan Tawau kira-kira jam 10.30 pagi tadi dan dilepaskan dengan jaminan berjumlah RM5,000 dengan seorang penjamin.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, suspek akan dituduh esok di Mahkamah Khas Rasuah Tawau, Sabah.